8 Apr 2014

MENGAPAKAH ZURAIDAH TIDAK TANDINGI NAIB PRESIDEN ?


Zuraidah Kamaruddin sepatutnya tanding jawatan Naib Presiden kerana beliau layak duduk kerusi itu, bukan mempertahan jawatan ketua wanita.
Itu kata Rodziah Ismail yang akan bertanding menentang Zuraidah pada pemilihan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei depan.
Kata Rodziah, dia sudah berbincang dengan Zuraidah agar berkompromi bagi mengelak pertandingan dan mencadangkan supaya Zuraidah bertanding jawatan Naib Presdien tetapi dia menolak.
"Apa nak kata lagi? Saya tetap akan bertanding jawatan Ketua Wanita yang akan dipertahankan Zuraidah setelah dua penggal disandang jawatan itu.
"Pertandingan merebut jawatan adalah amalan demokrasi dan tidak akan menjejaskan hubungan kekeluargaan dalam parti dan tidak akan berlaku keretakan seperti yang dibimbangi oleh ramai penyokong pakatan pembangkang.
"Kempen yang dijalankan adalah atas dasar demokrasi dan saya akan pastikan tidak ada calon yang bertanding memburukkan calon lain untuk mencapai kemenangan," kata Rodziah.
Jelas Rodziah lagi, amatlah merugikan apabila Zuraidah tetap mahu pertahankan jawatan Ketua Wanita sedangkan dia sangat layak untuk duduk saf kepimpinan atasan.
"Saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Wanita kerana mahu Zuraidah bertanding jawatan Naib Presiden dan kami wanita PKR akan memberi sokongan penuh padanya untuk melihat lebih ramai wanita berada di tampuk kepimpinan.
"Malangnya dia masih hendak kekalkan jawatannya dan saya tidak ada pilihan lain selain bertanding. Saya tidak pernah memandang rendah pada Zuraida malah saya kagum dengan cara kerja dia yang sangat komited.
"Saya bertanding atas pengalaman saya menjadi Exco kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama dua penggal yang boleh dikongsi demi kebaikan wanita. Saya tidak memperkecilkan Zuraida tetapi saya juga ada misi tersendiri untuk meningkatkan martabat wanita," katanya.
Bercakap tentang rasuah, Rodziah yakin pemilihan dalam PKR masih belum lagi terlibat dalam gejala tidak bermaruah itu.
"Kami pilih pemimpin yang berintegriti dan komited. Pemimpin rasuah kami tidak akan terima dalam parti,” ujarnya. - MalaysiaGazett
Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/zuraidah-patut-tanding-naib-presiden-pkr#ixzz2yDkgm9le