21 Jun 2014

PJ SENTRAL - AUDIT DALAMAN PKNS GAGAL SOAL AZMIN ?


Mengapa Azmin lari dari beri keterangan?

Mengapa selaku Ahli Lembaga Pengarah dlm PKNS dan PJ Sentral Azmin tidak pertahan hak Selangor dan PKNS dari diperintah jual pd MRCB ?

# patutlah digantung sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Siapa GAPURNA kepada Azmin?

Kalau bukan kemungkinan dia dibeli maka jelas dia gagal pertahan hak PKNS atau dia tidak tahu kesan dari penjualan syer 32% PJ Sentral ?

Jika benar dia tidak tahu maka selayaknya Azmin Ali diberhentikan dari menjadi Ahli Lembaga Pengarah.

Sekiranya Khalid tidak masuk campur pasti hilang terus hak PKNS dalam hak pembangunan PJ Sentral ini.


Semalam PKNS dan MRCB capai sepakat bahawa PKNS jual 32% saham dlm MRCB akan tetapi PKNS diberi hak pembangunan 32% dalam pembinaan PJ Sentral.

Bermakna PKNS miliki hak ke atas salah satu tower yang akan dibina.

Info lanjut di:-

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/audit-dalaman-pkns-gagal-menyoal-azmin-berhubung-isu-pj-sentral

18 Jun 2014

ISU KINRARA DAMANSARA EXPRESSWAY (KIDEX) LAGI ?


KIDEX: Antara tuntutan pembangunan dan aspirasi rakyat

Oleh: SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN

Sebagai aktivis muda yang dikelilingi dengan persekitaran politik yang sihat, saya mengikuti perkembangan terkini negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat seperti Selangor dan Pulau Pinang, terutamanya isu yang seakan-akan menyaksikan pertembungan di antara tuntutan pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam dengan kehendak dan aspirasi masyarakat setempat.

Contoh isu di Selangor adalah bantahan di kalangan penduduk Petaling Jaya terhadap projek Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang telah menjadi polemik sejak hampir dua bulan yang lalu.

Antara ciri-ciri utama KIDEX:

- Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM2.42 billion, akan dibiayai oleh pelabur swasta manakala Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos pengambilalihan harta tanah

- Perjanjian konsesi ditandatangani pada 15 November 2013 di antara:
* Kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya yang
bertanggungjawab mengawalselia pembangunan dan pengurusan lebuhraya di Malaysia; dan

* Kidex Sdn Bhd (ahli kumpulan Zabima Engineering & Construction Sdn Bhd dan Emrail Sdn Bhd yang mana Datuk Hafarizam Harun,
penasihat undang-undang UMNO dan Toh Puan Nik Sazlina Mohd Zain, isteri Tun Zaki Azmi, bekas Ketua Hakim Negara merupakan ahli lembaga pengarah), syarikat konsesi yang dianugerahkan kontrak membina dan mengendali lebuhraya tersebut.

- Proses pembinaan dijangka bermula seawal tahun 2015, mengambil masa 3 tahun untuk siap iaitu menjelang 2018

- Tempoh konsesi selama 48 tahun

- Lebuhraya sepanjang 14.9 km, mempunyai dua lorong dua hala beserta 3 meter bahu jalan, menghubungkan utara-selatan Lembah Kelang iaitu Damansara-NKVE Interchange, sebahagian daripada New Klang Valley Expressway (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara di selatan yang bersambung dengan Lebuhraya Bukit Jalil melalui Bandar Utama, Kayu Ara, Damansara Kim, Petaling Jaya

- Bypass kepada Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)

- Sistem tol terbuka dengan 2 tol plaza “ramp” sedia ada di Damansara-NKVE (PLUS) serta 2 tol plaza utama di Jalan Harapan Seksyen 19 Petaling Jaya dan Taman Medan Baru/Taman Dato’ Harun

- Terdapat 7 “interchange” atau persimpangan iaitu Damansara-NKVE, Bandar Utama, Damansara-SPRINT, Lebuhraya Persekutuan 2, Taman Dato’ Harun-NPE, Kinrara-KESAS dan Kinrara-Lebuhraya Bukit Jalil

- Disebut-sebut sebagai “living skyway” yang pertama di dunia, teknologi hortikultural terkini digunapakai untuk membina lebuhraya lengkap dengan taman vertikal

- Bakal dikenali juga sebagai KIDEX Skyway kerana karakteristik “super elevated” atau struktur bertingkat lebuhraya ini – 40% dengan ketinggian 24 meter, 40% dengan ketinggian 16 meter dan 20% dengan ketinggian 8 meter atas tanah

- 90% daripada kepanjangan keseluruhan akan dibina di atas rizab jalan atau merentasi jalan atau lebuhraya sedia ada seperti Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), New Pantai Expressway (NPE), Shah Alam Expressway (KESAS), Jalan Puchong dan Jalan Semangat

- Melibatkan kawasan di bawah bidang kuasa:
* Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Petaling Jaya Selatan, NPE, Seksyen 52, Seksyen 14, Seksyen 13, Seksyen 19, Seksyen 17, Lebuhraya SPRINT dan Bandar Utama (hampir 90%)

* Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) iaitu Puchong dan Kinrara (selebihnya)

- Pada 18 Julai 2013, Kerajaan Negeri Selangor telah menerbitkan satu warta bawah Seksyen 4 Akta Pengambilalihan Tanah yang membekukan transaksi melibatkan 3,784 lot tanah meskipun pemaju menegaskan hanya 380 lot yang akan diambilalih

Bagi penyokong projek tersebut, antara justifikasi mengapa KIDEX wajar diterima dan dipertahankan adalah seperti berikut:

- Jangkaan keupayaannya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Kelang terutama pada waktu puncak khususnya mengurangkan volum lalu lintas dua hala di antara Puchong dan Petaling Jaya sebanyak 50% serta daripada kawasan sekitar Taman Tun Dr Ismail, NKVE dan Bandar Utama ke Petaling Jaya sebanyak 30%

- Mengurangkan masa perjalanan di antara kawasan sekitar Damansara dan Kinrara sehingga 25%

- Pemangkin pertumbuhan ekonomi dan pembangunan bagi seluruh Selangor khususnya “spillover effects” atau kesan limpahan kepada kawasan yang direntasi KIDEX

Di kalangan mereka yang menentang pula terutama penduduk di Petaling Jaya, berikut merupakan antara hujah kenapa projek KIDEX harus dibantah dan ditolak mentah-mentah:

- Bakal menjadi jalan termahal di Malaysia dengan kos per kilometer dianggarkan pada RM161 juta, jauh melebihi kos per kilometer bagi Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH) yang dilaporkan berlegar di sekitar RM95 juta. Ini sudah tentu akan diterjemahkan kepada “super elevated toll tariffs” atau kadar tol sangat tinggi yang akan membebankan rakyat selama tempoh konsesi

- Konsesi KIDEX akan berkuatkuasa selama 48 tahun, satu tempoh yang sangat lama berbanding 20 hingga 30 tahun sahaja bagi kontrak konsesi lain sebelum ini

- Ketidakpastian mengenai kadar pengenalan, kekerapan dan formula semakan tol (berdasarkan unjuran volum lalu lintas) kerana dikatakan belum ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan sedangkan semua perincian ini adalah satu kemestian sebelum perjanjian konsesi 48 tahun tersebut ditandatangani manakala institusi kewangan memerlukannya untuk mengunjurkan pulangan atas pelaburan bagi Kidex Sdn Bhd sebelum permohonan pinjaman boleh diluluskan

- Konsesi ini bukan sahaja sangat lumayan dari segi nilai projek untuk tempoh yang sangat lama malah dianugerahkan kepada syarikat kroni tanpa melalui proses tender terbuka

- Banyak kawasan kediaman, komersil malah industri berkepadatan tinggi akan terjejas termasuk Tropicana Mall, SS2 Mall, lampu isyarat sekitar Rothman, Seksyen 14 Petaling Jaya, Amcorp Mall, Hilton Petaling Jaya, Hospital Mata Tun Hussein Onn, bulatan Jalan Templer, Taman Dato’ Harun, Taman Medan Baru dan Bandar Kinrara

- Kegagalan Kidex Sdn Bhd atau Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menyokong hujah tentang manfaat projek KIDEX dengan fakta atau statistik yang meyakinkan dan boleh diterima akal terutama untuk mengatasi kesesakan lalu lintas dan mengurangkan masa perjalanan antara bandar dalam negeri Selangor – menurut hasil kajian awal Traffic Impact Assessment (TIA) yang dijalankan pemaju sendiri, kesesakan lalu lintas bagi 43 jalan di Petaling Jaya dijangka hanya boleh dikurangkan sebanyak 5.84% seusai pembinaan pada 2018 dan 3.05% pada 2028, 10 selepas KIDEX selesai dibina, jauh berbeza dengan pengurangan kesesakan lalu lintas sebanyak 20%-35% seperti yang diwar-warkan pemaju

- Risiko susut nilai harta tanah akibat jarak terlalu dekat dengan lebuhraya

- Risiko peningkatan pencemaran bunyi dan alam sekitar di kawasan kediaman terutama di Petaling Jaya

- Risiko ke atas keselamatan murid sekolah

Walaupun KIDEX membabitkan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu MBPJ dan MPSJ, setakat ini tentangan paling hebat datang daripada mereka yang mungkin terjejas dan berada di bawah bidang kuasa MBPJ dengan alasan manfaat dan faedah KIDEX dijangka terlalu marginal berbanding pelbagai kos dan kesan buruk sebagaimana yang dihuraikan di atas. Sebagai pihak “watchdog” atau pemerhati yang bebas dan berkecuali, terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan ditekankan dalam kontroversi yang menyelubungi projek KIDEX.

Pertama, perlu ditegaskan bahawa bahawa KIDEX dan tiga hingga empat lagi lebuhraya bertol baharu yang dicadangkan termasuk Lebuhraya Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR) merupakan projek Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri sebenarnya terikat dengan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sama ada dalam senarai persekutuan, senarai negeri atau senarai bersama.

Jika diteliti jadual tersebut, jelas bahawa perhubungan dan pengangkutan serta kerja raya dan pembekalan utiliti terkandung dalam senarai persekutuan meskipun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri manakala perancangan bandar dan kampung pula di bawah senarai bersama.

Capaian dan skop bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebenarnya sangat meluas dan hampir mutlak terutama sekiranya ia melibatkan infrastruktur dan kemudahan awam serta pembangunan secara umum di mana Kerajaan Negeri hanya mempunyai peranan memberi nasihat.

Bagi tujuan pembinaan infrastruktur awam sebagai contoh, Kerajaan Negeri tidak boleh menolak permohonan daripada Kerajaan Persekutuan untuk mengambilalih tanah. Malah, menurut Kanun Tanah Negara, pengambilan tanah demi kepentingan awam dibenarkan dan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri hanya dibenarkan dengan alasan yang sangat munasabah, mempertikai kuantum pampasan yang akan diterima oleh mereka yang terjejas akibat pengambilahan tanah tersebut atau mencadangkan jajaran alternatif menurut Akta Pengambilalihan Tanah walaupun hal-ehwal tanah terkandung dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Kedua, KIDEX masih dalam peringkat cadangan dan/atau di peringkat awal dalam proses memenuhi pelbagai syarat dan terma untuk mendapat kelulusan memulakan projek. Justeru terlalu awal untuk Kerajaan Negeri mengambil sebarang tindakan membantah atau susulan lain sebelum keseluruhan projek ini diperhalusi secara teliti dan holistik.

Ketiga, Kerajaan Negeri Selangor sehingga kini dilihat sentiasa menyokong dan sedaya upaya cuba melaksanakan tawaran yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) meskipun di peringkat negeri, Pakatan Rakyat tidak membuat komitmen yang sama.

Sebagai contoh, kesungguhan dan keikhlasan Kerajaan Negeri Selangor menjunjung komitmen menurunkan kadar tol secara berperingkat ke arah memansuhkan langsung tol akhirnya demi kesejahteraan rakyat sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat terbukti apabila menggunapakai “kelebihannya” sebagai pemegang saham dalam tiga syarikat konsesi lebuhraya di Selangor iaitu 30% dalam Lebuhraya KESAS melalui PKNS serta 20% dalam Lebuhraya SPRINT dan LDP melalui Kumpulan Perangsang Berhad untuk menghalang kenaikan tarif tol yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi 15 lebuhraya menjelang 1 Januari 2014.

Namun, tanpa Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Pakatan Rakyat, banyak tawaran dalam Manifesto Pakatan Rakyat di peringkat pusat tidak dapat dilaksanakan, termasuklah penghapusan tol. Kerajaan Persekutuan yang sekarang ditadbir oleh Barisan Nasional sepatutnya menunjukkan “political will” untuk menghapuskan tol kerana ia mempunyai kuasa mutlak menetapkan syarat dan terma dalam sebarang perjanjian konsesi.

Kuasa spesifik Kerajaan Negeri untuk menghalang penganugerahan konsesi lumayan kepada golongan elit, kroni dan kelas “rentier” amat terbatas terutama bagi hal-ehwal di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Penubuhan Majlis Pengangkutan Awam Selangor (MPAS) juga membuktikan kewibawaan Kerajaan Negeri dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam demi memelihara alam sekitar dan mengurangkan jejak karbon.

Keempat, walaupun Kerajaan Negeri Selangor secara dasar bersetuju dengan cadangan pembinaan KIDEX sejak Februari 2012 lagi bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di Lembah Klang, ini sama sekali tidak bermakna Lebuhraya KIDEX sudah pasti akan diteruskan tanpa memenuhi kesemua syarat dan terma duluan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti:

- Dua syarat dalam perjanjian konsesi yang mesti dipenuhi oleh Kidex Sdn Bhd menjelang 15 November 2014 yakni dalam tempoh setahun selepas perjanjian ditandatangani:
* Mendapat pembiayaan bagi pembinaan
* Menjalankan Public Opinion Survey atau Kajiselidik Pandangan Awam dan membentangkan hasil kajiselidik

- Sesi dialog dan pendengaran awam untuk memberi peluang kepada pihak terlibat terutama LLM dan Kidex Sdn Bhd membentangkan segala perincian mengenai projek termasuk kos, jangkaan manfaat, risiko dan impak negatif serta menerima pandangan sama ada bantahan atau cadangan penambahbaikan daripada masyarakat setempat

- Keselarian dengan semua rancangan pemajuan berkenaan seperti Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) mengikut peruntukan di bawah Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

- Kepentingan dan hak rakyat sebagai pembayar cukai, pengguna lebuhraya dan penduduk setempat diberi keutamaan

Di bawah Seksyen 18 Akta 172 mengenai penggunaan tanah dan bangunan, mana-mana tanah atau bangunan tidak boleh digunakan atau dibenarkan untuk digunakan sekiranya projek tersebut tidak konsisten dengan sebarang rancangan pemajuan. Rancangan pemajuan adalah pelan tindakan bagi mana-mana PBT.

Hakikatnya, KIDEX sememangnya tidak diperuntukkan dalam mana-mana rancangan pemajuan bagi Petaling Jaya seperti RTPJ1, RTPJ2 dan RKK13 walaupun Kerajaan Negeri bercadang mejadikan projek ini sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035.

Maka, tidaklah menghairankan apabila permohonan memulakan projek KIDEX sudah tiga kali ditolak oleh MBPJ atas alasan gagal menyediakan perincian atau dokumen yang diperlukan seperti Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar, Laporan Penilaian Kesan Sosial dan Laporan Penilaian Kesan Lalu Lintas. Sekiranya projek KIDEX hendak diteruskan, maka kesemua RT dan RKK ini perlu dipinda untuk memasukkan KIDEX.

Proses dan prosedur pindaan ini sebenarnya sangat rumit dengan syarat yang ketat seperti kajian penilaian impak alam sekitar, sosial dan lalu lintas terkini yang perlu dibentangkan kepada umum meskipun ada kemungkinan ianya tidak dipatuhi.

Kaji selidik Pandangan Awam telah dijalankan oleh Kidex Sdn Bhd dan dapatan awalnya menunjukkan 85% daripada 1,700 responden di tiga zon terbabit iaitu Damansara, Petaling Jaya dan Kinrara menerima projek KIDEX. Walau bagaimanapun, kaji selidik ini dan hasilnya dikhuatiri memihak atau berat sebelah kerana tidak dijalankan oleh pihak ketiga yang bebas, berkecuali tanpa kepentingan.

Mungkin ada kebijaksanaan sekiranya Kerajaan Negeri Selangor mengambil keputusan menunda pemberian kelulusan kepada semua permohonan pembangunan dan penggunaan tanah malah mencari helah melambatkan bermulanya proses membina lebuhraya KIDEX memandangkan ketiadaan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti di pihak Kerajaan Persekutuan dan pemaju mengenai projek KIDEX dan sehingga ia mematuhi kesemua syarat dan terma yang ditetapkan.

Namun, seakan ada unsur ketidakadilan dan serangan bersifat peribadi ke atas pemimpin eksekutif negeri khususnya Dato’ Menteri Besar Selangor dalam gesaan segelintir pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Selangor baru-baru ini supaya pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat segera menyatakan pendirian terhadap cadangan membina lebuhraya bertol di Selangor.

Seandainya pemimpin-pemimpin berkenaan benar-benar ikhlas demi imej dan reputasi PR, mengapa tidak dipertikaikan juga cadangan projek infrastruktur mega bertol bernilai keseluruhan RM6.3 billion membina tiga lebuhraya dan satu terowong bawah laut di Pulau Pinang?

Bukankah projek mega ini juga telah menerima protes awam dengan hujah tentangan yang hampir sama dengan apa yang diterima oleh projek KIDEX? Apatah lagi dengan kewujudan sedia ada Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sudah pun dibuka untuk kegunaan awam. Berikut merupakan perincian projek-projek mega yang menerima protes awam di Pulau Pinang:

- Lebuhraya pintas sepanjang 12 km dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, dijangka siap menjelang 2018
- Lebuhraya pintas sepanjang 4.6 km menghubungkan Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, dijangka siap menjelang 2019
- Lebuhraya pintas sepanjang 4.2 km menghubungkan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Gurney Drive, dijangka siap menjelang 2022
- Terowong bawah laut sepanjang 7.2 km menghubungkan Gurney Drive, Georgetown ke Bagan Ajam, Seberang Perai Utara, dijangka siap menjelang 2025

Lebih parah lagi, projek yang dianugerahkan kepada kontraktor utama, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd dengan Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction Corporation Ltd (CRCC) sebagai pemegang saham terbesar secara usahasama sebanyak 70%, Beijing Urban Construction Group (BUCG) sebanyak 10%, Sri Tinggi Sdn Bhd sebanyak 10% dan Juteras Sdn Bhd sebanyak 10% merupakan projek Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bukan projek Kerajaan Persekutuan.

Sebagai bayaran atau pulangan timbal balas, kerajaan negeri akan menganugerahkan pemaju projek 110 ekar tanah negeri untuk pembangunan dan kontrak konsesi selama 30 tahun.

Demi mempertahankan projek mega penuh kontroversi ini, Ketua Menteri Pulau Pinang sanggup menjadikan PRU13 sebagai medan bagi rakyat membuat referendum ke atas projek terowong bawah tanah ini yang sebenarnya bukanlah cadangan baharu kerana idea sedemikian telah ditimbulkan dalam tahun 1980an sebelum Jambatan Pertama dibina.

Sungguhpun terowong bawah laut ini, yang pertama di Malaysia dan yang kedua di Asia Tenggara pasti akan meningkatkan “connectivity”, ia juga akan mengakibatkan kebanjiran trafik ke pulau – isu utama dalam dasar pengangkutan negeri yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian jangka panjang yang tuntas selari dengan pertumbuhan populasi.

Saya berpandangan solusi jangka panjang kepada masalah lalu lintas di Pulau Pinang bukanlah dengan membina lebih banyak jalan atau lebuhraya yang sudah tentu akan menggalakkan penggunaan kereta persendirian tetapi dengan menyediakan satu sistem transit awam seperti monorel atau tram – mana-mana yang dikenalpasti lebih murah, lebih pantas proses pembinaannya dan lebih cekap – di samping boleh meningkatkan daya tarikan Pulau Mutiara sebagai destinasi pelancongan.

* Shazni Munir ialah mantan aktivis Mahasiswa Koordinator Gabungan Tanah Rakyat (TANAH

http://bm.selangorku.com/52806/kidex-antara-tuntutan-pembangunan-dan-aspirasi-rakyat/

16 Jun 2014

AZMIN GAGAL PERTAHAN KEPENTINGAN PKNS DALAM PJ SENTRAL ?

SURAT  TERBUKA MEMINTA PENJELASAN AZMIN ALI KERANA GAGAL MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ANAK SELANGOR

Beberapa hari lepas saya telah mendapat dokumen dipercayai milik PKNS yang mempunyai maklumat berkenaan projek usahasama PKNS Holding iaitu PJ Sentral Development Sdn Bhd.

Dokumen tersebut juga menunjukkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sedang menjalankan penyiasatan dalaman terhadap anak syarikatnya PKNS Holdings Sdn Bhd terutamanya dalam transaksi yang berkaitan projek PJ Sentral Development (PJ Sentral).


Jabatan Audit Dalaman PKNS digambarkan sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk mendapatkan maklumat dan dokumen daripada ahli-ahli lembaga pengarah PKNS Holdings yang mewakili PKNS dalam PJ Sentral iaitu YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Projek PJ Sentral melibatkan pembangunan komersil di kawasan seluas  9,854 ekar yang menempatkan Ibu Pejabat PKNS. Pada 6 September 2007, PKNS menjual  8.05 ekar kepada Bisraya Pembinaan Sdn Bhd dan dana itu digunakan bagi membiayai pembangunan Ibu Pejabat PKNS yang baharu di kawasan tanah berbaki itu.


Anak syarikat PKNS iaitu PKNS Holdings (PHSB) telah menjalinkan kerjasama dengan Nusa Gapurna dan membentuk sebuah syarikat untuk membangunkan PJ Sentral dengan pegangan saham 30-70.

Menerusi syarikat kerjasama itu, PHSB telah diwakili oleh YB Mohamed Azmin Ali dan Datin Paduka Norazlina Zakaria yang masing-masing merupakan Ahli Lembaga Pengarah sejak dari tahun 2011 dan 2012.

Pada Februari 2013, Nusa Gapurna telah mengadakan perjanjian dengan MRCB untuk menjual 70% pegangan saham dalam PJ Sentral kepada MRCB melalui reverse takeover proposal.

Dokumen yang diperolehi menggambarkan kegagalan wakil PKNS dalam PJ Sentral untuk mempertahankan kepentingan PKNS.

Dalam dokumen tersebut juga menunjukkan YB Azmin Ali gagal hadir siasatan audit malah tercatat rentetan tarikh – tarikh yang dimana siasatan audit gagal menemui YB Azmin Ali seolah dia lari dan cuba mengelak proses siasatan.


Dari dokumen ini muncul persoalan

         i.            Kenapa dia lari dan mengelak lebih dari dua bulan untuk menghadiri sesi penyiasatan audit ? apa yang hendak disurukkan ?

       ii.            Adakah dia lemah atau sengaja dalam gagal mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek PJ Sentral ? maaf jika dikatakan jika tidak dijelaskan maka mungkin akan wujud persepsi bahawa mungkin wujud juga imbuhan untuk berpura lemah.

      iii.            Adakah kegagalan ini penyebab penamatan beliau sebagai ahli lembaga pengarah ?

Kegagalan ini mempertahankan kepentingan PKNS dalam projek bernilai billion ringgit ini merupakan satu kerugian kepada semua warga Selangor secara keseluruhanya. Saya selaku anak Selangor dan juga anggota PKR menuntut jawapan dari YB Azmin Ali dan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim juga harus tampil memberikan penjelasan mengenai perkara ini dan Kerajaan negeri harus menerangkan apa tindakan lanjut untuk mempertahankan atau mendapatkan semula hak warga Selangor yang hilang.

Dalam kesempatan ini juga ingin memohon penjelasan YB Azmin Ali mengenai berapa ramai kakitangan yang beliau bawa masuk dalam PKNS untuk dibayar gaji oleh PKNS selepas lantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah sehingga tidak disambung kontrak ?

Akhirnya besarlah harapan saya agar surat saya ini jangan disalah ertikan malah seharusnya dijadikan peluang dan ruang harus digunakan bagi menjelaskan kepada rakyat. Saya percaya dan yakin sama ada YB Azmin Ali mahupun YAB Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar sendiri tentu mementingkan integriti dan keterbukaan maklumat.

Sekian dan terima kasih.




Khairul Anuar Al Megat
No. anggota PKR B 030003354
Cabang Hulu Selangor

11 Jun 2014

KENYATAAN BALAS ATAS ISU MESEJ WHATSAPP FARIZ MUSA.


KENYATAAN RASMI FACEBOOKER ARCHIDEA CRONIXX BERKAITAN 'POSTING' MESEJ WHATSAPP FARIZ MUSA YANG DIKATA MEMFITNAH BELIAU.

11 Jun 2014

Assalamualaikum,

Sebagai facebooker yang telah 'viralkan' isu sebagaimana di atas saya tidak dapt menuruti arahan pihak sdr Fariz Musa untuk menarik balik 'posting' berkenaan mahupun meminta maaf secara terbuka.

Pendirian saya ada bersebab kerana adalah jelas saya menggunakan bahasa Malaysia yang mudah dalam 'posting' tersebut.

Tiada provokasi untuk melaga-lagakan pihak Jingga 13 dalam kemelut yang melanda PKR.

Adalah jelas dalam posting berkenaan saya hanya bertanyakan kepada saudara Fariz Musa dan apa yang perlu dibuat hanya memberikan jawapan yang munasabah dan bukan menuduh saya sebagai penyebar fitnah.

Pertanyaan saya berbangkit apabila saya dan rakan-rakan membincangkan secara mendalam isu penyebaran "fitnah whatsapp" saudara Fariz Musa yang telah bermula sejak jam 1.34 pm semalam tanpa ada apa-apa respon dari pihak saudara Fariz Musa mahupun ahli Jingga 13.


(LIHAT WAKTU MESEJ WHATSAPP CIKGU SEGHAR)

Tetapi mengapa pertanyaan saya dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat termasuk sebagai penyebar FITNAH ?

Berikut adalah 'posting' saya yang dibuat pada jam 5.43 pm.


Bagaimanakah pihak saudara Fariz Musa dan ahli Jingga 13 boleh menuduh saya sebagai penyebar fitnah dan pelbagai tuduhan melulu ?

Saya dan kumpulan facebookers lain juga ada melakukan siasatan dari mana punca sebaran mesej fitnah whatsapp saudara Fariz Musa dan hasilnya ia bermula dari id FaceBook milik Ferlis Once yang memaparkan logo Jingga 13.

Mengapakah saudara Fariz Musa tidak melakukan sebarang kajian atau siasatan sebelum melemparkan tuduhan sebagai fitnah sedangkan 'posting' berkenaan hanya untuk memperolehi jawapan dari saudara Fariz Musa secara tidak beremosi ?

Mesej fitnah whatsapp saudara juga hanya dalam grup whatsapp Jingga 13 yakni dikalangan ahli Jingga 13, tidakkah saudara terfikir bagaimana ia boleh"terkeluar" kepada umum ?

Juga saya tertanya mengapakah mesej whatsapp tersebut berlegar "sebagai pertanyaan" dalam grup saudara Fariz Musa ?

Oleh yang demikian saya dengan ini saya menyatakan pendirian saya untuk tidak menarik semula 'posting' yang bermaksud sebagai pertanyaan tempohari dan saya menuntut saudara Fariz Musa dan Jingga 13 serta individu-individu yang bersama saudara Fariz Musa umtuk mengemukan surat permohonan maaf secara rasmi kepada saya atas tuduhan yang telah dilemparkan.

Permohonan maaf tersebut juga perlu disebarkan secara meluas di FaceBook sebagai membersihkan nama saya.

Pihak saudara diberikan masa 24 jam untuk melaksanakan tuntutan ini sebelum sebarang tindakan undang-undang di ambil ke atas saudara Fariz Musa.

Yang benar,

ARCHIDEA CRONIXX

"AQ BAYAR CUKAI IKUT SUKA AQ NAK KATA"
www.tukargomen.blogspot.com

28 Mei 2014

SIAPAKAH CALON TIMBALAN PRESIDEN YANG BERI RASUAH KEPADA MALIK HUSSIN ?


Benarkah dalam mesyuarat Biro Politik malam semalam telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan ?

Mesyuarat yg dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah "terpegun" apabila saudara Malik Hussin telah "melemparkan" sejumlah wang rasuah ke atas meja.

Menurut sumber sebagai berkata bahawa wang tersebut afalah wang cuba disogokkan kepada beliau.

Apa yang pasti calon Timbalan Presiden tersebut bukan Khalid Ibrahim.

Sebagai ahli akar umbi boleh fikirkan apakah layak calon tersebut dipilih ?

23 Mei 2014

JAHANAM PEMILIHAN SEMULA KALI INI ?


Maka akan JAHANAM PEMILIHAN SEMULA KALI INI apabila pegawai yang dilantik adalah dari kalangan team hantuRAYA ?

Hj Ismail Yusop dipertanggung untuk menentukan Pengawas dan Petugas manakala persiapan pemilihan akan dikendalikan oleh Sdr Raden dari Ibu Pejabat.

Adakah dengan keputusan ini akan menafikan hak calon lain yang bertanding ?

Adakah akan berlaku perancangan yang lebih "rapi" oleh JPP ?


KKN Terengganu,  Johor, Pahang, Kelantan,  Sabah, Melaka dan Kedah. Di bawah ialah tarikh yg telah diputuskan oleh JPP.

Tarikh-tarikh pemilihan:

Sabtu, 31 Mei 2014
Sabak Bernam, PJS, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Pengerang

Ahad, 1 Jun 2014
Kota Raja, Tenggara, Nibong Tebal, Bukit Katil, Sg Petani

Sabtu, 7 Jun 2014
H.Langat, Kelana Jaya, Jerantut, Paya Besar, Pasir Puteh, Silam, Papar

Ahad, 8 Jun 2014
Selayang, Kapar, Btg Sadong, Kapit, Julau, Sarikei

Sabtu, 14 Jun 2014
Subang, Sg Besar

Ahad, 15 Jun 2014
Klang, Shah Alam (Penambahan masa)

Sabtu, 21 Jun 2014
K.Sgor, H.Sgor

Ahad, 22 Jun 2014
Tenom, Keningau, Pensiangan, Tawau

16 Mei 2014

PEMILIHAN SEMULA ATAU ROMBAK JPP ?


Siapa yang berkuasa penuh dalam meayuarat ?

Ini dibuktikan dengan salahlaku sejak 2010 yang lalu dimana tiada tindakan diambil.

Soalnya siapa yang dayus. Adakah Anwar ? Azizah ?

Atau kalian selaku ahli ?

Atau mungkin juga benar bahawa Anwar ada sesuatu kelemahan atau rahsia yang dimiliki Azmin seperti yang heboh orang perkatakan sebelum ini ?

Hanya satu jawapan yang mudah, PKR BUKAN MILIK BAPAK SIAPA-SIAPA.

PKR MILIK KITA SEMUA !

YANG BANGUNKAN BERSAMA SEJAK AWAL 1999 !

BERMULA DENGAN SEMANGAT REFORMASI !!!

HARUS SEDAR BAHAWA KAMI TIDAK MENCARI MAKAN DENGAN PKR TAPI PKR YANG KAMI BERI MAKAN !!!

Azmin berusaha untuk diadakan pemilihan semula di seluruh negara.

Mengapa baru sekarang sesudah keputusan menunjukkan yang keadilanRAYA bakal kalah ?

Mengapa ahli-ahli akar umbi perlu bersetuju sedangkan kita mohon pemilihan semula sejak dari minggu pertama ?

Hati-hati dengan permainan kumpulan ini apatah lagi Pengerusi Lembaga Disiplin merupakan orang yang mengangkat ikrar dalam pelancaran keadilanRaya di Dewan Sivik.

HANYA PERLU merombak JPP bukannya Pemilihan Semula.


Perlu ingat bahawa Pengerusi Pemilihan PKR ini adalah Azmin.

Dato' Tan Kee Kwong sepatutnya brsikap berkecuali kerana beliau yang mengetuai Lembaga Disiplin. Jika telah bersama dan mengangkat sumpah setia kepada team 'keadilanRAYA' di manakah kredibiliti beliau yang sepatutnya tidak mnyebelahi mana-mana pihak.

Kita wajib bantah secara besar-besaran bukan setakat peranan Datuk Jo sebagai Pengarah JPP tetapi Dato' Tan KK juga mesti melepaskan jawatannya sbgai ketua Biro Disiplin.

Adik beliau, Tan Poh Lai telah banyak melanggar peraturan semasa hari pengundian di Cabang JB, diperhatikn oleh beberapa petugas tetapi didiamkn sahaja.

Poh Lai brtanding sebagai Timb KC JB. Siape yang beri kebenaran untuk beliau ikut pengundi dari luar hingga msuk dalam bilik mngundi dan tunjukkn nombor apa yang perlu ditulis.

Ikmal, KC JB yang baru pro Rafizi, tinggal di KL!

Kerana orng Johor baik-baik belaka agaknya maka banyak kes penyelewengn di hari pemilihn tak dlaporkn!

Jika dilaporkn, ada dua orang Dato' yang boleh membakul sampahkan aduan-aduan tersebut ?

Sungguh menjijikkan proses Pemilihan kali ini malah lebih teruk dari tahun 2010.

sumber : luahan ahli akar umbi

15 Mei 2014

AZMIN ALI DIMANA PADA 16, 17 DAN 18 SEPTEMBER 1998 ?


Pada tanggal 16, 17 dan 18hb September 1998, iaitu 2 hari sebelum Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan dam dipenjarakan pada tanggal 20hb September 1998, Azmin Ali telah diberitahu bahawa KONONNYA beliau telah ditahan dan ditangkap oleh Pihak Polis.

MOHON kepada Sdra Azmin Ali supaya mendedahkan SIAPAKAH yang telah menangkap beliau? Siapakah Nama Pihak Pegawai Polis Penyiasat yang telah menangkap beliau? Di Balai Polis manakah sebenarnya Azmin Ali ditahan dan dipenjarakan pada ketika itu? Apakah Nombor Kes dan Nombor Kertas Siasatan Banduan yang bernama Azmin Ali itu?

MOHON Sdra Azmin Ali beri pencerahan kepada Ahli-ahli PKR.

Sekiranya Sdra Azmin tidak dapat menjelaskan kepada kami, maka kami BERJANJI bahawa akan kami DEDAHKAN dimanakah Sdra Azmin pada waktu dan ketika itu. Dan kami akan dedahkan dimanakah beliau pada ketika hari-hari tersebut.

sumber : Pak Yusup Kamarudin

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN KEADILAN.


KENYATAAN MEDIA


Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota. Kes-kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Biropolitik bertarikh 14hb Mei 2014, yang dipengerusikan YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN dan dihadiri YB DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN, YAB TS Abdul Khalid bin Ibrahim, Menteri Besar Selangor serta anggota-anggota Biropolitik yang lain.


Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:


1) Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)

Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Pn Faridah, pembantu khas Penyelaras DUN Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras DUN Bukit Melawati.


Sdr MUSTAPHA MOHD TALIB akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


2) Sdr S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa TS Abdul Khalid bin Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."


Sdr S MANIKAVASAGAM akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


3) Sdr BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.


Sdr BOBINATH A/L VELLO akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


4) Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".


Sdri MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


5) Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)

Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan Parti secara terbuka di laman Facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."


Sdr MD YUSOP KAMARUDDIN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


6) Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)

Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara Pemilihan Parti."


Sdr K GUNASEKARAN A/L KUPPAN akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


7) Sdr NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)

Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon, bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.


Sdr NOOR AZMAN SAMSURI akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


8) Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)

Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.


Sdr AHMAD JUFLIZ BIN DATO' FAIZA akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.


YB Dato' Dr Tan Kee Kwong

Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN


15hb Mei 2014

10 Mei 2014

PENYEBARAN ARTIKEL "SIAPAKAH" AZMIN YANG SEBENARNYA ?


Menjelang "Pemilihan 2014 " ini telah berlaku penyebaran di media sosial FaceBook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya satu "artikel" yang mengundang setiap ahli untuk memikirkan "pro and con" apa yang disampaikan.

Berikut adalah isi kandungan "artikel" berkenaan:-

..... "Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.

Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.

Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.


Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.



 Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali.


Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.

 Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.


Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR".....

Kesahihan kenyataan ini tidak dapat dipastikan cuma "artikel" ini mengajak peringkat akar umbi yang sedang melalui pusingan terakhir di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akhir sekali di Selangor agar membuka minda dan berfikiran terbuka untuk menerima fakta atau "auta".

9 Mei 2014

SAIFUDDIN TARIK DIRI DAN ISTIHAR SOKONG KHALID IBRAHIM ?


Khabar angin cukup kuat mengatakan penarikkan diri oleh Saifuddin dalam pencalonan sebagai Timbalan Presiden malah mengistiharkan sokongan kepada Khalid Ibrahim.

Sekiranya ia adalah benar maka ia tidak lain untuk melihat undi Khalid Ibrahim dari peringkat akar umbi menjadi padu dan bulat.

Tindakan Saifuddin ini juga dilihat satu tindakan yang mendahulukan parti dari kehendak diri dan mencerminkan beliau sebagai seorang pemimpin yang miliki jiwa yang besar.

Proses Pemilihan untuk negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan akan berlangsung easok manakala penutup pemilihan 2014 yang akan berlangsung pada hari Ahad di Selangor.

Yang hanya boleh menjawab kebenaran khabar angin ini ialah Saifuddin sendiri dan diharap dapat memikirkan kepentingan kesinambungan parti.

BENARKAH DSAI MAHUKAN AZMIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN ?


Telah tersebar "flyers" sedemikian yang mengatakan DSAI berkehendakan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden ?

Sekiranya diamati dengan perjalanan Pemilihan 2014 ini yang haru biru seolah mengiyakan apa yang tertera padam"flyers" tersebut.

Di tambah lagi dengan JPP yang telah mengantung Azrai sebagai pengawas di Batang Sadong yang telah ditangkap "menanda" kertas undi dan selepas itu kelihatan menghadiri malah menyampaikan taklimat JPP di cabang Pandan.

DSAI sehingga kini seolah membiarkan ketidakpuasan hati peringkat akar umbi berkenaan isu penipuan dalam pemilihan kali ini.

Apakah semua ini BENAR ?

Hanya DSAI yang mampu menjawab.

8 Mei 2014

AKAR UMBI BERBANGSA INDIA TOLAK AZMIN !!!


Mengapakah ia berlaku dikala Azmin mempertkaikan kewibawaan Khalid dalam pentadbiran.

Khalid dicerca akan isu air di Selangor baik diluar mahupun didalam Dewan DUN baru-baru ini.

Kini disebalik serangan "lembu-lembu jadian" Khalid dengan izin Allah s.w.t. krisis air telah berjaya ditangani dengan berhemah.

Telah dipertunjukkan juga negeri-negeri jiran juga mulai melakukan catuan sebagai menunjukkan bahawa ia adalah satu kejadian kehendak Allah s.w.t.

Dengan pelbagai cara penipuan di pemilihan parti 2014 ini makin jelas bagaimana "kemenangan" dicapai walhal peringkat akar umbi telah menolak secara terang-terangan.

Semoga ahli-ahli peringkat akar umbi di Selangor akan menunjukkan pilahan kalian di atas kertasmundi dengan memilih pemimpin yang bukan banyak bercakap tapi yang sanggup mengabdikan diri untuk rakyat dan ahli PKR.

Sekian.

BUDAK 16 TAHUN JADI "PENGUNDI" DI TAWAU !!!

KES INI BERKAITAN RAPAT MODUS OPERANDI SEBAGAIMANA DI BATANG SADONG CUMA BEZANYA DI TAWAU IA DILAKUKAN SECARA TERANG-TERANGAN.

Laporan Pemerhati Pemilihan Cabang Tawau

Tarikh :

4 Mei 2014 (Ahad)

Lokasi :

Pejabat PKR Tawau, TB 1784 Taman Gek Poh Batu 1, Jalan Kuhara, 91000, Tawau, Sabah

Sepanjang pemerhatian bermula seawal jam 8 pagi sehingga tamat keseluruhan proses pemilihan, Ketua Pengawas dari JPP Pusat Sdr. Saedi, bertindak secara profesional, kemas dan teratur. Beliau dibantu oleh lebih kurang 14 orang petugas terdiri dari kedua-dua pasukan bertanding dan seorang pengawas wakil dari MPN Sabah turut berada di lokasi untuk membantu.

Sepanjang proses pemilihan berjalan, ratusan pengundi hadir untuk membuang undi. Apabila keadaan dewan pengundian semakin sesak, disinilah bermula peranan petugas-petugas calon Ketua Cabang Dato’ Kong untuk memancing pengundi. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Kebanyakan pengundi yang hadir kelihatan menyerahkan kertas undi kepada petugas-petugas Dato’ Kong untuk menanda kertas undi bagi pihak mereka.


Petugas-petugas Dato’ Kong(berbaju biru), menanda kertas undi.


Kesemua petugas-petugas Dato’ Kong sedang sibuk menanda kertas undi.

Lebih kurang jam 10.45pagi, wakil calon kepada Hj. AliZaman tiba di lokasi dan melihat sendiri petugas-petugas Dato’ Kong menanda kertas undi.


Wakil calon Hj. AliZaman yang berang melihat situasi.

Calon Hj. AliZaman turut hadir beberapa minit selepas itu dan keadaan menjadi kelam kabut apabila calon sendiri merampas kertas undi yang sedang ditanda oleh adik Dato’ Kong.


Kertas undi yang dirampas oleh calon Hj. Ali Zaman ketika petugas yang juga adik Dato’ Kong sedang menanda kertas undi.


Kertas yang dirampas kemudian diserahkan kepada Ketua Pengawas Sdr. Saedi untuk tindakan lanjut.


Pengundian diteruskan semula dengan keizinan Pengarah JPP Pusat, Dato’ Johari Abdul. Sekitar jam 1.20 tengahari, seorang lelaki dipercayai pengundi Dato’ Kong datang untuk membuang undi. Beliau ditahan oleh calon Hj. Ali Zaman kerana beliau tidak memiliki kad pengenalan dan calon Hj. Ali Zaman mengesahkan yang pengundi tersebut bukan orang Tawau dan tiada kad pengenalan. Persoalannya bagaimana kertas undi boleh berada di tangan beliau jika beliau tiada kad pengenalan?


Pengundi tanpa kad pengenalan ditahan ketika menyerahkan kertas undi kepada petugas Dato’ Kong untuk ditanda.


Petugas Dato’ Kong berkeras cuba untuk memasukkan kertas undi kedalam peti undi namun dihalang oleh calon
Hj. Ali Zaman.


Hj. Ali Zaman mengenali pengundi tersebut yang dikatakan tiada kad pengenalan dan bukan dari Tawau.


Pengundi berkenaan meninggalkan dewan sejurus Ketua Pengawas tidak membenarkan pengundi berkenaan
membuang undi.

Lebih kurang jam 2.30petang, satu lagi kes pengundi ragu berjaya dikesan. Kali ini melibatkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditangkap bersama kertas undi. Nama remaja terbabit disahkan tiada dalam senarai ahli sejurus ditangkap.


Petugas Dato. Kong membawa remaja terbabit untuk mengundi. Petugas Dato’ Kong pula mengambil kesempatan dalam keadaan kelam-kabut untuk menanda kertas undi.


Wakil Calon Hj. Ali Zaman berjaya menahan remaja terbabit dan didapati beliau berusia 16 tahun dan nama remaja terbabit tiada dalam daftar pemilih.


Cubaan untuk memasukkan kertas undi sebelum ditahan.

Kesimpulannya, ratusan pengundi-pengundi yang datang mengundi begitu meragukan. Mujurlah seorang dua pengundi berjaya ditahan. Yang terlepas tiada siapa yang tahu.

Sekian.

5 Mei 2014

SURAT TERBUKA CALON TERHADAP KELEMAHAN JPP


Surat Terbuka Kepada JPP Pemilihan 2014

Fuziah Salleh
Calon Naib Presiden
Pemilihan 2014
4 Mei 2014

INTEGRITI serta nama baik Parti Keadilan Rakyat tergalas sepenuhnya di atas bahu JPP

Saya mengikuti perkembangan terbaru di dalam pemilihan 2014 dengan teliti samaada yang di laporkan didalam media sambil dimasa yang sama mengutip maklum balas dari ahli di akar umbi serta juga dari para pemantau perjalanan pemilihan 2014 di negri- negri yang sudah pun melaksanakan pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.

Setelah berakhir pusingan pertama  dan kedua yang melibatkan negri Kelantan, Trengganu, Pahang, Sarawak, Johor, Melaka, Perlis Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah terlalu banyak aduan dan laporan yang di terima dari pelbagai pihak samada yang tersebar didalama media mahupun yang di salurkan melalui saluran dalaman yang menjurus kepada pendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam tatacara pengendalian pemilihan kali ini.

Aduan berkenaan berlakunya 'irregularities' di dalam pengendalian Pemilihan 2014 terutamanya di Sabah semalam dan Sarawak seperti kes di Batang Sadong dan kawasan lain yang terpencil cukup membimbangkan ahli di akar umbi. Mereka bimbang masa depan parti,  akan tercalar integriti dan nama baik parti sekiranya keadaan ini tidak di tangani dengan tegas.

Ahli-ahli parti mengharapkan JPP akan bertindak secara telus dan bertanggungjawab tanpa sifat bias waima diatas alasan  atau sifat mahu melindungi nama baik parti sekalipun. Yakinlah bahawa melindungi kepincangan tidak akan membawa kebaikan kepada parti.  Bangkai gajah tidak mampu di tutup selamanya. Sebaliknya akan menghakis keyakinan ramai terhadap parti.

Sekiranya benar berlaku penyelewengan selepas di siasat maka JPP harus bertindak tegas dan tidak teragak2 tanpa sifat bias. Tidak kira lah sekiranya penyelewengan itu di lakukan oleh calon, mahupun di lakukan oleh pengawas JPP sendiri. Samada calon yang di senangi oleh JPP mahupun calon yang tidak di senangi. Berlaku adillah.

Segala bentuk politik wang, politik ugut mengugut oleh calon yang bertanding atau agen calon harus di tolak sama sekali dan diambil tindakan tegas.

Segala bentuk penyelewengan pengendalian pemilihan oleh pengawas JPP juga harus di ambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Begitu juga segala bentuk penyelewengan Pimpinan negri dan cabang didalam proses pemilihan mesti di kawal dan di sekat.

Ahli- ahli di akar umbi mahukan pemilihan yang telus bebas dan adil. Masa depan parti terletak di atas landasan prinsip kebenaran ini. Sekiranya ada calon yang menyalahi tatacara pemilihan, dan kemudian didapati bersalah selepas siasatan di buat maka ambil lah tindakan tanpa ragu-ragu. Tidak kira tinggi mana pun jawatan yang di pegang, JPP di tuntut untuk melaksanakan harapan akar umbi tersebut.

Kalah atau menang sememangnya merupakan adat bertanding. Siapa yang menang akan di bebankan dengan tugas dan amanah berat tiga tahun ke hadapan. Siapa yang kalah pula akan terus membina parti dari penjuru masing-masing. Tiada kemenangan dan kekalahan yang hakiki didalam perjuangan parti menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman. Akan tetapi biarlah kemenangan diatas dasar pemilihan yang telus, adil dan bebas.

Sekiranya didalam pemilihan ini benar-benar berlaku penyelewengan seperti yang di adukan, akan tetapi gagal di tangani. Maka  kegagalan JPP mengambil tindakan tegas tersebut akan meninggalkan luka yang teramat dalam terhadap parti. Sekiranya berlaku tindakan yang tidak telus dan JPP di anggap sebagai tidak bebas serta tidak adil, maka JPP akan hilang integriti dan parti lah yang akan kelihatan KALAH di mata rakyat.

Dunia sedang melihat dan rakyat sedang menilai. Parti yang memperjuangkan agenda reformasi ini mesti BERANI melaksanakan yang wajar dan mampu menolak segala bentuk penyelewengan sekiranya ada. Parti yang melaungkan slogan Reformasi ini juga mesti mampu dan punyai kekuatan melaksanakan reformasi dalaman, tolak segala bentuk penyelewengan. Prinsip mestilah dijadikan landasan kepada perjuangan. Semoga memperoleh keberkatan dan di beri mandat  untuk terus memimpin rakyat di dalam menolak rejim UMNO BN yang zalim serta korup.

Politik Berteraskan Nilai

Fuziah Salleh
Ahli Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kuantan

2 Mei 2014

BATANG SADONG - KONSPIRASI JATUHKAN AZMIN ATAU BENAR IA PENIPUAN ?


Memang sukar untuk mempercayai tuduhan ke atas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terus menerus diasak kononnya menipu kertas undi di beberapa cabang ketika proses pengundian dilakukan.
Sama ada betul atau tidak dakwaan tersebut, hanya Azmin yang boleh jawab. Andaian yang timbul betulkah Azmin yang menipu atau semuanya adalah konspirasi pihak tertentu untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Gombak itu agar hilang kelayakan bertanding?
"Kalau saya tak jumpa sendiri beberapa kotak kertas undi yang memangkah Azmin, saya tidak akan pandai untuk mengadakan cerita.
"Itupun kami serbu setelah mendapat maklumat daripada beberapa sumber dan hasil serbuan di bilik sebuah hotel di Batang Sadong, Sarawak, kami jumpa kotak-kotak kertas undi yang disorok di bawah katil," kata wakil calon, Zakaria Rahim ketika dihubungi petang tadi.
Jelas Zakaria, penipuan kertas undi yang ditemui tidak pernah berlaku dalam pemilihan PKR dan ini adalah kali pertama didedahkan.
"Itu semua adalah bahan bukti yang disiasat oleh Jawankuasa Pemilihan Parti (JPP) untuk tindakan selanjutnya.
"Selain itu, ketika proses pengiraan undi di dalam tiga bilik hotel bajet di Batang Sadong, pintu lambat dibuka oleh pengawas pemilihan dan pada masa sama lampu padam ketika proses kiraan undi.
"Semua kejadian ini menimbulkan pelbagai kemusykilan dan perkara ini disaksikan oleh ramai ahli," katanya.
Ekoran kejadian dan laporan yang diserahkan, JPP PKR menggunakan kuasa mereka dengan menggantung cabang Batang Sadong, Sarawak selepas mendapati sah penipuan berlaku semasa proses pengundian minggu lalu.
Malah Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul turut mengambil tindakan tegas dengan mengesyorkan jawatankuasa disiplin parti memecat pimpinan yang memenangi pemilihan cabang itu, termasuk ketuanya yang menang tanpa bertanding.
Tambah Zakaria, apa yang dilakukannya bukan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya harus menjadi pengajaran kepada semua pihak yang terlibat agar perkara seumpama itu tidak berlaku pada pengundian di cabang lain.
"Azmin berhak membuat penafian dan mengatakan penemuan saya itu adalah konspirasi untuk menjatuhkannya tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapa kertas undi siap dipangkah ada di bawah katil? Siapa punya kerja?" katanya. - MalaysiaGazette


Read more: http://malaysiagazette.com/nasional/tipu-atau-konspirasi-jatuhkan-azmin#ixzz30YLMQVYs
Follow us: @MalaysiaGazette on Twitter | MalaysiaGazette on Facebook

27 Apr 2014

RAFIZI JADIKAN SAIFUDIN SEBAGAI BATU LONCATAN KESINAMBUNGAN AZMIN ALI ?


PADA 31 Januari 2014, Rafizi Ramli begitu angkuh untuk melabelkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang ahli politik yang lembap dan lemah. Rafizi menimbulkan persoalan kelemahan kemahiran berpolitik Tan Sri Khalid Ibrahim untuk berdepan dengan UMNO.

Sebagai seorang strategis Parti Keadilan Rakyat (PKR) beliau telah mencaturkan pilihan raya kecil Kajang untuk membuka peluang kepada Ketua Umum iaitu Anwar Ibrahim untuk menggugat kedudukan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Strategi Rafizi ini sekiranya dianalisis, sebenarnya demi kebaikan beliau sendiri. Pertama, beliau akan dapat memperkukuhkan kedudukan Azmin Ali dalam parti dan keduanya Anwar Ibrahim akan mengenang jasa beliau sekiranya strategi ini berkesan.

Percaturan untuk mengukuhkan dua orang kuat dalam PKR akan dapat membuka cahaya masa depan politik yang cerah untuk dirinya yang masih lagi muda. Kebetulan strategi ini hanya timbul setelah Azmin dipecat daripada PKNS.

Namun begitu, kekurangan pengalaman dan asam garam dalam hidup serta keangkuhan untuk memandang rendah keupayaan Khalid telah membawa banyak masalah dan dugaan dalam percaturan dan strategi Rafizi. Khalid mengikut rentak permainan yang dicaturkan oleh Rafizi dengan menyokong keputusan untuk meletakkan Anwar sebagai calon di Kajang.

Langkah yang diambil oleh Khalid adalah tepat memandangkan sebarang penentangan terhadap Anwar akan menyebabkan penyokong dan ahli PKR menentangnya.

Setelah melancarkan kempen dan memperkenalkan Anwar sebagai calon PKR untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang dan tidak lama kemudian Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan nombor 2 parti iaitu sebagai Timbalan Presiden PKR. Pengumuman ini telah mula menggugat Azmin dan penyokongnya dalam parti.

Kemudiannya Khalid pula menandatangani perjanjian air (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan dan langkah ini telah memberi satu tamparan yang sangat besar kepada pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Rafizi dan Azmin pula tampil untuk mempertikaikan tindakan Khalid dalam perjanjian air ini. Namun begitu, Majlis Pakatan Rakyat telah tampil untuk menyokong tindakan Khalid dalam isu perjanjian air dan isu ini turut mendapat sokongan daripada Presiden Pas, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Khalid sekali lagi mematahkan serangan Azmin dan Rafizi.

Pada 7 Mac 2014, Khalid mengulangi keputusannya tidak akan melepaskan kerusi nombor satu Selangor itu. Beliau mengumumkan pendirian ini kepada media selepas menghadiri program bersama rakyat di Taman Mesra, Kajang.

Pendirian ini juga telah dimaklumkan kepada Baginda Sultan Selangor. Langkah ini sekali gus memberi tamparan yang amat besar kepada Rafizi dan Azmin apabila pada hari yang sama Ketua Umum PKR itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes isu liwat beliau.

Kini Khalid akan bertanding jawatan nombor 2 tertinggi parti dengan kapasiti sebagai seorang Menteri Besar Selangor dan keadaan ini akan memberi kelebihan dari segi status, kewangan dan jentera untuk berhadapan dengan Azmin.

Kemenangan Wan Azizah dalam PRK Kajang diramalkan akan memberi kekuatan kepada kem Khalid. Percaturan Khalid secara perlahan memperluaskan penguasaannya dalam parti PKR melalui pengumuman Rodziah Ismail untuk mencabar Zuraida Kamaruddin bagi jawatan Ketua Wanita PKR. Timbalan Speaker Selangor iaitu Nik Nazmi juga dipercayai akan dicaturkan untuk menawan jawatan Ketua Pemuda PKR.

Sekiranya Khalid berjaya menawan jawatan nombor 2 PKR dan ditambah pula dengan penyokongnya menang dalam Wanita dan Pemuda maka PKR akan mengalami era politik penguasaan Khalid.

Cara dan teknik Khalid bermain politik adalah seperti yang digambarkan oleh kolumnis The Star, Joceline Tan bahawa beliau ialah seorang Tai Chi Master. Rafizi dan Azmin sememangnya seorang yang memiliki kemahiran Muay Thai dalam politik.

Namun begitu , keangkuhan dan kekurangan pengalaman politik serta merasakan diri sendiri adalah lebih mahir dalam politik akhirnya menyebabkan Rafizi tersilap pandang kehebatan kemahiran politik Tai Chi.

Seni persilatan Melayu yang sama dengan Tai Chi ialah Silat. Khalid dengan mudah dan selesa mempamerkan seni persilatan dan secara perlahan dan tenang telah menghampiri untuk CHECKMATE gandingan Rafizi dan Azmin.

Oleh itu, adakah Rafizi Ramli masih layak lagi memegang jawatan sebagai strategis PKR?

~ Shen Yee Aun

sumber blog : Laksamna Bukit Bintang

KETIDAKPUASAN HATI AKAR UMBI MEMUNCAK DENGAN PROSES PEMILIHAN YANG "KORUP"


Berikut adalah luahan akar umbi yang mengharapkan proses pemilihan yang telus tapi telah dicemari pelbagai penipuan dalam mencapai "hasrat" seorang calon Timbalan Presiden yang menggunakan posisi dalam meletakkan "orang kuat" di setiap pusat pengundian.

Terbukti dengan serbuan di Sarawak dimana pegawa yang diamanahkan tidak melaksanakan tugas malah menyeleweng.

..."Penipuan demi penipuan berlaku dari semalam hingga ke hari ni, team Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berusaha untuk buat yang terbaik mungkin bagi menegakkan "keadilan yang sebenar"...

Sahabat-sahabat semua lihatlah apa yang berlaku...

Segalanya dibongkarkan dengan bukti dan fakta yang jelas...

Jijik sungguh cara segelintir insan yang mengelarkan diri mereka tu sebagai "pemimpin reformasi", kononnya berjuang dr awal sampai ke akhir dalam parti dan tak lupa juga ada insan yang bersikap seperti "Mr.Nice Guy" tapi penuh dengan muslihat yang jijik dan kotor...

Maafkan saya dgn kata2 sebegitu, tapi itu kenyataannya...

Hingga kini...

Tan Sri Khallid Ibrahim masih menasihatkan kami untuk hormat akan calon-calon yang lain dan elakkan dari mencerca dan mengaibkan mereka...

Itulah dia diri Tan Sri Khalid Ibrahim yang sebenar...

Beliau masih lagi bersikap rendah diri dalam menempuh segalanya, Insyaallah...

Kami dari team Tan Sri Khalid Ibrahim, merayu kepada sahabat-sahabat semua, nilailah segalanya dengan sejujur dan seikhlas yang mungkin...

Kita dahagakan kebenaran dan keadilan yang sebenar benarnya, kita inginkan reformasi yang menuntut perubahan yang sejujurnya, kita perlukan perubahan yang berani...

Fikirkan lah sahabat-sahabat, jangan lupa berikan sokongan anda kepada Tan Sri Khalid Ibrahim"...

Nukilan : FB Tokey Hans

26 Apr 2014

BARUA AZMIN KANTOI PANGKAH KERTAS UNDI PEMILIHAN PARTI 2014 DI SARAWAK ?


Muhammad Azri bin Azhar yang pernah menerima repot Polis dari Timbalan Pengerusi Kelab Integrasi Anak Muda atas kes pecah amanah wang tabung kelab telah "ditangkap" oleh petugas-petugas yang mengawasi perjalanan pemilihan parti PKR 2014 di Sarawak.

Beliau tertangkap ketika sedang memangkah undi untuk calon Azmin Ali adalah merupakan S/U Cabang Hulu Langat dan pernah bertugas di BGU sewaktu PRK N25 Kajang.


Dilaporkan juga ada pusat pengundian gagal beroperasi kerana pengawas pengundian tidak hadir.

Di Kelantan dan Terengganu terjejas teruk dan pihak JPP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Sekiranya sudah mula merasakan diri ditolak oleh akar umbi maka buatlah dengan cara terhormat dan dengan cara penipuan sedemikian.

Amat menyedihkan !!!

Berikut adalah gambar-gambar dilokasi "serbuan".