10 Mei 2014

PENYEBARAN ARTIKEL "SIAPAKAH" AZMIN YANG SEBENARNYA ?


Menjelang "Pemilihan 2014 " ini telah berlaku penyebaran di media sosial FaceBook, WhatsApp, Twitter dan sebagainya satu "artikel" yang mengundang setiap ahli untuk memikirkan "pro and con" apa yang disampaikan.

Berikut adalah isi kandungan "artikel" berkenaan:-

..... "Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.

Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.

Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.


Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.



 Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali.


Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.

 Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.


Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR".....

Kesahihan kenyataan ini tidak dapat dipastikan cuma "artikel" ini mengajak peringkat akar umbi yang sedang melalui pusingan terakhir di Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan akhir sekali di Selangor agar membuka minda dan berfikiran terbuka untuk menerima fakta atau "auta".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan