5 Mei 2014

SURAT TERBUKA CALON TERHADAP KELEMAHAN JPP


Surat Terbuka Kepada JPP Pemilihan 2014

Fuziah Salleh
Calon Naib Presiden
Pemilihan 2014
4 Mei 2014

INTEGRITI serta nama baik Parti Keadilan Rakyat tergalas sepenuhnya di atas bahu JPP

Saya mengikuti perkembangan terbaru di dalam pemilihan 2014 dengan teliti samaada yang di laporkan didalam media sambil dimasa yang sama mengutip maklum balas dari ahli di akar umbi serta juga dari para pemantau perjalanan pemilihan 2014 di negri- negri yang sudah pun melaksanakan pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang.

Setelah berakhir pusingan pertama  dan kedua yang melibatkan negri Kelantan, Trengganu, Pahang, Sarawak, Johor, Melaka, Perlis Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sabah terlalu banyak aduan dan laporan yang di terima dari pelbagai pihak samada yang tersebar didalama media mahupun yang di salurkan melalui saluran dalaman yang menjurus kepada pendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena di dalam tatacara pengendalian pemilihan kali ini.

Aduan berkenaan berlakunya 'irregularities' di dalam pengendalian Pemilihan 2014 terutamanya di Sabah semalam dan Sarawak seperti kes di Batang Sadong dan kawasan lain yang terpencil cukup membimbangkan ahli di akar umbi. Mereka bimbang masa depan parti,  akan tercalar integriti dan nama baik parti sekiranya keadaan ini tidak di tangani dengan tegas.

Ahli-ahli parti mengharapkan JPP akan bertindak secara telus dan bertanggungjawab tanpa sifat bias waima diatas alasan  atau sifat mahu melindungi nama baik parti sekalipun. Yakinlah bahawa melindungi kepincangan tidak akan membawa kebaikan kepada parti.  Bangkai gajah tidak mampu di tutup selamanya. Sebaliknya akan menghakis keyakinan ramai terhadap parti.

Sekiranya benar berlaku penyelewengan selepas di siasat maka JPP harus bertindak tegas dan tidak teragak2 tanpa sifat bias. Tidak kira lah sekiranya penyelewengan itu di lakukan oleh calon, mahupun di lakukan oleh pengawas JPP sendiri. Samada calon yang di senangi oleh JPP mahupun calon yang tidak di senangi. Berlaku adillah.

Segala bentuk politik wang, politik ugut mengugut oleh calon yang bertanding atau agen calon harus di tolak sama sekali dan diambil tindakan tegas.

Segala bentuk penyelewengan pengendalian pemilihan oleh pengawas JPP juga harus di ambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Begitu juga segala bentuk penyelewengan Pimpinan negri dan cabang didalam proses pemilihan mesti di kawal dan di sekat.

Ahli- ahli di akar umbi mahukan pemilihan yang telus bebas dan adil. Masa depan parti terletak di atas landasan prinsip kebenaran ini. Sekiranya ada calon yang menyalahi tatacara pemilihan, dan kemudian didapati bersalah selepas siasatan di buat maka ambil lah tindakan tanpa ragu-ragu. Tidak kira tinggi mana pun jawatan yang di pegang, JPP di tuntut untuk melaksanakan harapan akar umbi tersebut.

Kalah atau menang sememangnya merupakan adat bertanding. Siapa yang menang akan di bebankan dengan tugas dan amanah berat tiga tahun ke hadapan. Siapa yang kalah pula akan terus membina parti dari penjuru masing-masing. Tiada kemenangan dan kekalahan yang hakiki didalam perjuangan parti menegakkan keadilan dan membenteras kezaliman. Akan tetapi biarlah kemenangan diatas dasar pemilihan yang telus, adil dan bebas.

Sekiranya didalam pemilihan ini benar-benar berlaku penyelewengan seperti yang di adukan, akan tetapi gagal di tangani. Maka  kegagalan JPP mengambil tindakan tegas tersebut akan meninggalkan luka yang teramat dalam terhadap parti. Sekiranya berlaku tindakan yang tidak telus dan JPP di anggap sebagai tidak bebas serta tidak adil, maka JPP akan hilang integriti dan parti lah yang akan kelihatan KALAH di mata rakyat.

Dunia sedang melihat dan rakyat sedang menilai. Parti yang memperjuangkan agenda reformasi ini mesti BERANI melaksanakan yang wajar dan mampu menolak segala bentuk penyelewengan sekiranya ada. Parti yang melaungkan slogan Reformasi ini juga mesti mampu dan punyai kekuatan melaksanakan reformasi dalaman, tolak segala bentuk penyelewengan. Prinsip mestilah dijadikan landasan kepada perjuangan. Semoga memperoleh keberkatan dan di beri mandat  untuk terus memimpin rakyat di dalam menolak rejim UMNO BN yang zalim serta korup.

Politik Berteraskan Nilai

Fuziah Salleh
Ahli Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kuantan

Tiada ulasan:

Catat Komen